Kisah 1:
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
Kisah 2:
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard “SILA DATANG LAGI”
Kisah 3:
SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, “consulation fees”.
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!
Kisah 4:
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!
Kisah 5:
SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!
Kisah 6:
SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu….
DOL: Susah apa… aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah
Kisah 7:
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
Kisah 8:
SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya…..