March 19, 2024
Emily in Paris - ERTI KEJAYAAN

Apakah yang dimaksudkan dengan erti KEJAYAAN. Material? Keupayaan mendapatkan sesuatu yang terbaik untuk diri dan keluarga? Taraf yang dapat dibanggakan oleh diri dan keluarga? Hijrah dari yang dulu kepada sekarang? Atau kemampuan beribadah tanpa halangan? Banyak tafsiran dan sudut pandang yang berbeza dapat ditarik apabila perbincangan mengenai perkataan “KEJAYAAN” ini diutarakan.

Mereka yang datang dari pengalaman, didikan, pergaulan yang berbeza akan memberikan takrifan yang berbeza. Ada yang menjadikan kemampuan hidup melebihi rakan sebagai suatu kejayaan, tidak kurang juga kejayaan ditunjukkan dengan kehidupan mewah sebagai influencer. Perkara sebegini amat sukar untuk dikupas dan dicantas tanpa mengundang perasaan yang pelbagai dari segenap lapisan masyarakat. Bagi kami, kejayaan menjadi seseorang yang berguna kepada diri dan keluarga, tidak mengecewakan ibubapa dan dapat memberikan yang terbaik kepada keluarga sudah cukup untuk melegakan diri yang diri ini sudah berjaya.

Tetapi kadangkala amat perit juga bila melihat mereka yang dapat pergi holiday dengan sepuasnya tanpa memikirkan mengenai duit atau dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta dan universiti yang terbaik. Jauh di sudut hati, ingin merasai dan menggamit perkara yang sama. Tidak hairanlah ramai selebriti terkenal menjadi ikutan, mereka yang hidup senang dan gahh, terletak sesuai menjadi seorang influencer, dengan memukau orang2 yang hanya dapat mengangankan kehidupan sedemikian. Pakai pakaian yang menarik, bergambar di tempat instaworthy, you are on your way! Bila dah ada banyak followers, capitalise on that by selling products.

Nak berjaya bukan senang! Kena usaha.. Tetapi usaha yang dibuat tak kunjung tiba.. adakah bermaksud strategi perlu ditukar? agar apa yang dihajati akan didekati? Einsten pernah berkata “It’s stupid to do the same thing over and over again and expect a different RESULT!” Begitu juga dengan tindakan kita. Bagi mereka yang sibuk di pejabat dengan perkejaan yang tidak membawa makna dan ke mana, waktu sesuai untuk anda membuat penilaian. Seorang eksekutif jurutera syarikat minyak, Khairulaming, kini menjadi tukang masak dan usahawan jutawan dengan sambal Nyet beliau yang sudah menjana lebih dari RM 7 juta. Ini semua adalah hasil penukaran strategi kepada passion yang memuncak beliau.

 

Emily in Paris - ERTI KEJAYAAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *