December 23, 2024
Budak Sekolah

Budak Sekolah

Tabiat orang malas adalah orang yang selalu suka mencipta alasan. Masa tak cukup, tenaga tua etc. Begitu juga dengan Rey. Rey adalah anak yang terkenal degil di sekolahnya. Hal itu Rey membuat orang tuanya sering dipanggil Pengetua sekolah untuk menasihati anaknya supaya rajin masuk sekolah, rajin mengerjakan kerja rumah, dan berlaku sopan kepada guru juga rakan-rakannya. Kerana namanya juga keras kepala, dinasihati atau dimarahi pun, mesej yang disampaikan masuk ke telinga kiri dan langsung keluar dari telinga kanan. Tidak dipedulikan sama sekali.

Suatu ketika, Rey datang terlambat untuk yang kelima kalinya, dan kerja rumah yang harus dikumpul hari itu belum ia kerjakan. Ia mencari alasan. Alasan bangun kesiangan, tayar yang bocor, trafik jem, sudah digunakan pada hari-hari sebelumnya. Namun, otak Rey masih geliga untuk mencipta alasan.

“Mengapa kamu terlambat lagi, Rey? Ini sudah yang kelima kalinya, waduhh” bentak gurunya.
“Saya dirompak, Cikgu..” jawab Rey dengan memasang wajah ketakutan.
“Tetapi kamu ok, ke? “tanya bu guru kelihatan cemas.
“Saya baik-baik saja, Cikgu…,” jawab Rey dengan wajah bersahaja.
“Lalu, apakah ada yang hilang, Rey?” tanya guru, masih penasaran.
“Ada, Cikgu. Buku kerja rumah saya..” jawab Rey dengan selamba.

Budak Sekolah
          Budak Sekolah – Sekadar Hiasan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *