Beliau tiba disambut dengan segunung harapan oleh peminat-peminat bolasepak tanahair. Kini, nama pemain-pemain yang layak mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa sudah didedahkan.
Berikut (di bawah ini) adalah senarai nama 30 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin, 14 Mac 2022 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 (FAS Tri-Nations Series 2022) bertemu Filipina (23 Mac) dan Singapura (26 Mac) serta satu lagi perlawanan persahabatan bertemu kelab Liga Singapura, Albirex Niigata FC Singapore pada 28 Mac 2022, ketiga-tiganya berlangsung di Singapura.
Apa yang dilihat pemain bolasepak JDT menghuni hampir separuh dari pemain yang dipanggil dan mengejutkan lagi, pemain-pemain yang hanya minit perlawanan yang ringkas pada musim Liga Super pada tahun ini seperti Safiq Rahim, Syamer Kutty, Sumareh turut dipanggil. Mungkin prestasi mereka dinilai dari video-video perlawanan yang lalu atau cadangan dari pembantu jurulatih kebangsaan Tuan Elvarasan?
Kita tunggu komen dari Kim Pan Gon!