December 23, 2024
Mercedes Electric Car

Mercedes Electric Car

Di sebuah negara yang amat dahsyat, seorang Perdana Menteri hebat diundang untuk menghadiri majlis perasmian kilang kereta elektrik mewah yang baru dibina.

Selepas acara perasmian selesai, pemilik kilang tersebut mengumumkan, “Tuan YB Perdana Menteri, suatu kehormatan besar kepada kami kerana Tuan berkenan hadir dalam acara perasmian ini. Sebagai tanda terima kasih, kami akan memberikan satu unit kereta terbaru dari kilang kami kepada anda.”

“Maaf, tetapi saya tidak boleh menerimanya,” Perdana Menteri itu menolak dengan halus.

“Tidak apa-apa, Tuan, ini adalah hadiah dari syarikat kami untuk Anda!”

“Saya faham,” kata Perdana Menteri, “Tetapi saya tidak boleh menerima pemberian ini. ”

Namun, pengarah tersebut tetap berkeras.

Akhirnya, Perdana Menteri mengalah, “Ya sudah, jika anda terus memaksa, tetapi saya tidak biasa menerima sesuatu dengan percuma. Sebutkan harga yang anda perlu saya bayarkan untuk kereta ini.”

Sang pengarah berfikir sejenak, kemudian berkata, “Baiklah, anda hanya membayar kereta ini hanya lima ringgit saja.”

Perdana Menteri tersebut terus menyerahkan seratus ringgit kepada sang pengarah.

“Maaf Perdana Menteri, tetapi saya tidak punya wang untuk dikembalikan nie,” jelas sang pengarah.

Perdana Menteri tersenyum dan berkata, “Oh, tidak ada masalah Pak Pengarah, saya akan membeli dua puluh kereta.”

Mercedes Electric Car
Mercedes Electric Car

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *