March 29, 2024
1-Mira-Filzah Cun
Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting lagi

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting lagi important kepada si suami yang sedang bekerja keras di tapak pembinaan yang mana pekerja Bangla telah diharamkan bekerja.

isteri cun

Gambar Sekadar Hiasan..




Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga seluruh kampung di depan rumah untuk melihat drama swasta secara langsung petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak yang bijak pun cakap “Harap maaf, nombor yang anda dail sedang berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi”.

Laa.. bikin malu emak jerr..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *