May 8, 2024
kisah lucu, kisah lawak, lawak jenaka, kisah seram, viral, blog kelakar
Nama Shafiee Solie memang gah di persada dunia sepak takraw tempatan. Sebut je nama Shafiee Solie, semua orang

Nama Shafiee Solie memang gah di persada dunia sepak takraw tempatan. Sebut je nama Shafiee Solie, semua orang di Malaysia ini sudah terbayang akan kehebatan kaki beliau yang begitu ligat menendang, menyepak dan menerajang buah takraw rotan yang diperbuat di hujung Bangladesh. Disebabkan namanya yang gah itu, beliau telah diambil menjadi model iklan basikal SYM.. kebetulan, nama beliau ada iras-iras akan jenama basikal tersebut, lalu di jalan-jalan raya utama, memang kelas bila keluar gambar Shafiee Solie dengan basikal hebatnya. SYM – “Shafiee Yang Menunggang”, kata slogan iklan tersebut!

Tersebut satu kisah, kerana canggihnya basikal free yang ditaja oleh SYM, Shafiee telah dapat pick seorang awek yang cun melecun pada satu lewat malam. Tatkala itu beliau baru sahaja balik minum kopi bersama kawan-kawannya di kelab Jom Dek Tayang (“JDT”) selepas berlatih bertungkus-lumus permainan sepaktakraw buat persediaan diri di sukan Olimpik Rio 2016. Wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Lana itu sungguh wangi dan mempunyai wajah ala Neelofa. Siapa yang tak  syok.. Wanita itu cuba panggil teksi atau guna uber, tapi takde siapa yang nak menjemputnya. Mungkin mereka tidak  tahu rupa wajah cantik Lana lagi.. Apatah lagi, Shafiee pun memperlawa Lana supaya naik di atas basikal 10cc nya itu. Kebetulan arah rumah Lana sama dengan arah rumah Shafiee. Alamak sukanya bukan kepalang Shafiee pada masa itu.

kisah lucu, kisah lawak, lawak jenaka, kisah seram, viral, blog kelakar

Dalam perjalanan banyak pula bonggol2 di atas tanah, maka melompat-lompatlah basikal Shafiee tersebut. Basikal SYM bukan basikal biasa, dia berbentuk seperti motor tetapi, enjin tiada.. kaki sahajalah yang menggerakkannya. Lana yang diatasnya pula habis bergoyang dan hampir terjatuh, tetapi bukan kerana pautannya yang kuat terhadap Shafiee Solie, dia pasti terhumban dijalan raya. Shafiee dipeluknya dengan erat.

Sampai masa, tibalah rumah Lana. Shafiee jadi panik sebab di situ nampak gelap. Yang hanya adalah kubur. Aisehman, aku tersalah pick up awek ke nie? Lana tersenyum. Shafiee jadi pucat. Rasa macam nak terkencing. Tapi takkan depan awek cun nak terkencing dalam seluar, malu beb. Mana tau mak dia tunggu situ.

kisah lucu, kisah lawak, lawak jenaka, kisah seram, viral, blog kelakar

Tanpa banyak cakap Shafiee terus pecut laju sampai tertarik baju Lana. Lana terjatuh sambil menghilaii.. fie fie fie..hihihihi..memang sah!

Shafiee terus demam keesokkan harinya. Siul betul.. adakah ini cara Tuhan membalas dosa aku yang telah reject Emma Maembong?

 

…kisah bersambung..

5 thoughts on “Kisah Shafiee Yang Menunggang (Siri 1) – Jumpa Gadis Ayu!

  1. Just wanted to let everyone interested in this knife around here know that thre#&e8217;s a guy selling two NIB for 20 bucks today (11/08/12). It’s too big for me but talk about a hell of a deal- I just bought a brown Delica 4 from him for 30 bucks.

  2. I just want to say I’m beginner to blogs and actually loved this web-site. More than likely I’m want to bookmark your website . You actually have beneficial articles and reviews. Kudos for sharing your webpage.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *